Tuesday 30 May 2017

Perjumpaan Pengerusi Surau-surau bersama KPB Balai Seksyen 6

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Telah berakhir program Perjumpaan Bersama Ketua Balai Sek 6 Shah Alam, Insp Bohari Ehsan yang menaungi Balai Komuniti Setia Alam. Turut hadir wakil Balai Komuniti Setia Alam dibawah kepimpinan Sjn Azami HjShaari, semua pengerusi-pengerusi dan wakil Surau di Setia Alam.
Taklimat khas peranan PDRM telah disampaikan dan dialog turut diadakan. Alhamdulillah, Warga Muslim Setia Alam adalah peneraju pelbagai aktiviti dan kerjasama dengan banyak agensi terutama PDRM. Walaupun minoriti tetapi impaknya amat baik dan berkesan. Semoga terus istiqomah menyumbang kepada komuniti kita.
Sekali lagi penghargaan buat semua kariah dan pengerusi2 surau yang banyak memberi sokongan serta mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Terus hadir memberi sokongan bagi aktiviti Muslim di Setia Alam dan ketahuilah, anda adalah penyumbang kepada agenda ummat yang semoga dengan itu Allah memberi ganjaran dan rahmat buat sahabat semua. Semoga ikatan ukhwah ini terus berterusan.
Ukhwah Tanpa Sempadan
Rushdan Rusmi
Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM)

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and indoor

No comments:

Post a Comment