Sunday 8 April 2018

Akaun Facebook

Makluman

Assalamualaikum, untuk makluman, Pihak Slahsa kini sudah mempunyai akaun FB, sebarang info sila layari akaun FB kami di https://www.facebook.com/slahsa2007/

Monday 28 August 2017

Tuesday 30 May 2017

Imam dan Bilal Tarawikh 2017

Imam :

1. Ustaz Hafiz

2. Ustaz Mumtaz

3. Ustaz Rizuan

Bilal :

1. Hairul Irwan

2. Tengku A Syazwan

3. Tamrin

Program Muslimat SLAH

Solat Sunat Dhuha, Taubat dan Tasbih anjuran Muslimat dalam bulan Ramadhan.

Image may contain: one or more people
Image may contain: text
Image may contain: text

Urusan Amil Zakat 2017

Surau Luqman merupakan HQ kepada surau-surau di Bandar Setia Alam dan pihak zakat dan JAIS telah melantik Biro Pemuda Tengku Syazwan menjadi ketua amil bagi Bandar Setia Alam setelah berpengalaman selama 4 tahun sebagai penolong amil di Bandar ini.
Tugas ketua amil akan memantau tugasan kutipan oleh penolong amil. 7 orang penolong amil telah di lantik pada tahun ini iaitu 3 dari Surau Luqman (Ust Hafiz, En Hamzah dan En Nasri), 2 dari Surau As Salam (Hj Rani dan En Azhari) & Surau Al-Ihsan (Ust Khairul dan Ust Faisol).

Image may contain: people sitting, screen and indoor

Gotong Royong Perdana 2017

Gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau sempena menyambut Ramadhan dan Aidilfitri 2017/1438. Gotong Royong di ketuai oleh Siak En Azhar Nestle. Pembersihan di dewan solat utama, Kipas, Bahagian Muslimah, Ruang Limpahan, Pantry dan Peti Sejuk.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: people standing

No automatic alt text available.

Image may contain: kitchen and indoor

No automatic alt text available.

Kursus Pemantapan Bilal Masjid dan Surau

Alhamdulillah, Muazzin SLAHSA EN Hairul Irwan telah menghadiri kursus pemantapan Muazzin di Masjid Negeri Selangor anjuran JAIS. Kursus ini bagi memantapkan teknik alunan, nafas dan sebutan.

Image may contain: one or more people, people sitting and screen

Kuliah Perdana

Image may contain: 1 person

Mesyuarat SLAH

Mesyuarat sempena persediaan bulan Ramadhan 2017/1438. Antara yang di bincangkan :
-Kos tajaan berbuka puasa di tetapkan RM 300.00 shj untuk seorang penyumbang.
-Gotong Royong pembersihan kawasan surau.
-Perlantikan 2 Pembantu Amil Zakat Fitrah.
-Tempat penyimpanan rehal.
-Imam dan bilal tarawikh.
-Menaik taraf tangki air.
-Mengedar borang tajaan berbuka puasa/iftar.

Image may contain: 2 people, shoes and indoor

Kursus Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau

Alhamdulillah Bendahari Surau En Azhar telah menghadiri kursus Bendahari Surau & Masjid pada 13 Mei 2017. Semoga kehadiran kursus ini dapat memantapkan pengurusan dari segi kewangan.

Image may contain: 1 person, crowd and indoor

Perjumpaan Pengerusi Surau-surau bersama KPB Balai Seksyen 6

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Telah berakhir program Perjumpaan Bersama Ketua Balai Sek 6 Shah Alam, Insp Bohari Ehsan yang menaungi Balai Komuniti Setia Alam. Turut hadir wakil Balai Komuniti Setia Alam dibawah kepimpinan Sjn Azami HjShaari, semua pengerusi-pengerusi dan wakil Surau di Setia Alam.
Taklimat khas peranan PDRM telah disampaikan dan dialog turut diadakan. Alhamdulillah, Warga Muslim Setia Alam adalah peneraju pelbagai aktiviti dan kerjasama dengan banyak agensi terutama PDRM. Walaupun minoriti tetapi impaknya amat baik dan berkesan. Semoga terus istiqomah menyumbang kepada komuniti kita.
Sekali lagi penghargaan buat semua kariah dan pengerusi2 surau yang banyak memberi sokongan serta mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Terus hadir memberi sokongan bagi aktiviti Muslim di Setia Alam dan ketahuilah, anda adalah penyumbang kepada agenda ummat yang semoga dengan itu Allah memberi ganjaran dan rahmat buat sahabat semua. Semoga ikatan ukhwah ini terus berterusan.
Ukhwah Tanpa Sempadan
Rushdan Rusmi
Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM)

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and indoor

Thursday 25 May 2017

Bantuan ASNAF

Laporkan sekiranya terdapat ahli keluarga atau ahli kariah yang memerlukan bantuan ke Pengurusan Surau untuk menerima bantuan ASNAF SLAH.