Tuesday 17 April 2012

Renungan dan Hadis

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga dengan kesungguhan meningkatkan ketaqwaan, kita akan terus diberi petunjuk, dipimpin dan dinaungi rahmat dan redha Allah SWT.

Hadis daripada Ibnu Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya."
(Hadis Muttafaq Alaih) (JAIS)

No comments:

Post a Comment