Thursday, 25 May 2017
Bantuan ASNAF
Laporkan sekiranya terdapat ahli keluarga atau ahli kariah yang memerlukan bantuan ke Pengurusan Surau untuk menerima bantuan ASNAF SLAH.
Pengerusi PERSALAM
Perutusan Pengerusi PERSALAM
Assalamualaikum
Alhamdulillah.Tahniah kepada Pengurusan dan jemaah Surau Luqman Al-Hakim kerana telah berjaya menganjurkan program 10 tahun Surau Luqman Al-Hakim dan memberi ruang untuk PERSALAM turut sama menganjurkan hari keluarga PERSALAM 2017. Dua hari prorgram yang amat bermakna buat warga muslim Bandar Setia Alam.
Setinggi penghargaan juga buat semua urusetia dan pengerusi-pengerusi surau yang banyak memberi sokongan serta mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
Setinggi penghargaan juga buat semua urusetia dan pengerusi-pengerusi surau yang banyak memberi sokongan serta mereka yang membantu secara langsung dan tidak langsung.
Saya merasakan ramai yang belum mengetahui sejarah awal aktiviti muslim di Bandar Setia Alam. Surau Luqman Al-Hakim merupakan surau yang pertama beroperasi yang menjadi platform awal ukhwah penduduk Islam Setia Alam. Penggerak dari Surau ini jugalah yang menggerakkan surau-surau lain yang terawal ketika itu Surau As-Salam dikuti Surau Ar-Raudhah, Surau Al-Mukhlisin dan lain-lain. Penggerak yang sama jugalah yang membawa agenda besar terutamanya pembinaan Masjid Setia Alam. Kini Setia Alam mempunyai 14 Surau yang telah berdaftar dengan JAIS. Masih ada beberapa surau yang belum lagi di aktifkan.
Sejak saya diamanahkan memimpin PERSALAM pada akhir tahun 2014 daripada pemimpin lama yang juga penggerak awal dari AJK Surau Luqman Al-Hakim. Saya melihat Surau Luqman antara surau yang paling aggresif membantu surau-surau baru yang cuba digerakkan melalui sumbangan kutipan jumaat memandangkan ketika itu Surau Luqman merupakan Surau Jumaat yang pertama di Setia Alam. Alhamdulillah, usaha tersebut masih diteruskan oleh pengurusan Surau Luqman. Kini terdapat 3 Surau Jumaat di Setia Alam iaitu Surau As-Salam dan Surau Al-Ihsan (yang terkini).
Meraikan 10 tahun Surau Luqman Al-Hakim bermakna kita meraikan kerja-kerja awal usaha menggerakkan komuniti Islam ini dilaksanakan juga bererti membuktikan kesatuan dan kekuatan kita di Setia Alam.
Meraikan 10 tahun Surau Luqman Al-Hakim bermakna kita meraikan kerja-kerja awal usaha menggerakkan komuniti Islam ini dilaksanakan juga bererti membuktikan kesatuan dan kekuatan kita di Setia Alam.
Tahniah kepada yang hadir memberi sokongan. Kehadiran itu moga menjadi penyuntik semangat untuk orang lama dan juga baru agar terus memberi sumbangan kepada komuniti Islam.
Terima kasih juga kepada yang hadir ke Hari Keluarga PERSALAM 2017. Program yang ringkas dalam suasana yang penuh ukhwah. Ditambah dengan kehadiran orang-orang lama Setia Alam amat meberi motivasi bagi kami. Ruang dan sumbangan dari pengurusan Surau Luqman Al-Hakim buat PERSALAM amat kami hargai.
Terima kasih juga kepada yang hadir ke Hari Keluarga PERSALAM 2017. Program yang ringkas dalam suasana yang penuh ukhwah. Ditambah dengan kehadiran orang-orang lama Setia Alam amat meberi motivasi bagi kami. Ruang dan sumbangan dari pengurusan Surau Luqman Al-Hakim buat PERSALAM amat kami hargai.
Melalui PERSALAM, saya cuba mewujudkan satu agenda yang lebih besar selain merapatkan ruang ukhwah sesama muslim. PERSALAM cuma mewujudkan perintis komuniti muslim contoh dan yang paling penting mempunyai kekuatan suara yang besar dalam sebarang isu bagi memastikan kesejahteraan Muslim di Setia Alam terpelihara walaupun cabarannya agak besar.
Misi yang besar itu amat memerlukan sokongan semua penduduk Islam di Setia Alam. Terus hadir memberi sokongan kepada aktiviti muslim di Setia Alam dan ketahuilah, anda adalah penyumbang kepada agenda ummah yang semoga dengan itu ALLAH SWT memberi ganjaran dan rahmat buat sahabat semua. Semoga ikatan ukhwah ini terus berterusan.
Ukhwah tanpa sempadan.
Rushdan Rusmi
PERSALAM U13
PERSALAM U13
Karnival Geng Surau Hari kedua 7 MAY 2017
Karnival Geng Surau dan Hari Keluarga PERSALAM 2017
Hari Kedua
Antara program di jalankan Pertandingan Futsal antara Surau, Pertandingan mewarna, Pertandingan meniup belon, Kereta Kuda, Taklimat bersama Polis dan Bomba Shah Alam, Majlis Bacaan Doa Selamat dan acara memotong kek rasmi karnival Geng Surau. Pada sebelah malam Forum bersama Imam Asyraff, Imam Hafiz dan Syuk Raja Lawak.











Karnival Geng Surau hari pertama 6 MAY 2017
Karnival Geng Surau
Program bersama PU Rahmat dan Ust Toha TV Al-Hijrah, Rumah Mengaji, aktiviti berkuda & memanah, bersama Master Chef Zubir, Ultraman Zero & Bumblebee, Konsert bersama kumpulan In-Team & Soultul Amal.









Mengaji AL-QURAN
Pengajian Iqra, Muqaddam dan Al-Quran..Terbuka kepada anak-anak dan dewasa. Pengajian bermula selepas solat fardhu Maghrib dan pengajian di rumah selepas waktu isyak.
Friday, 21 April 2017
Program Israk Mikraj SMK Setia Alam
Pihak sekolah telah menjemput pihak surau bagi menjayakan program israk mikraj 2017. Antara yang hadir Setiausaha Surau Ku Brahim, penceramah Ust Endang Wahyudi, Imam 2 Ust. Hafiz, Pengerusi PERSALAM En Rushdan dan Wakil SNM En Hamzah.



Mesyuarat Pembinaan Masjid Setia Alam
Mesyuarat Persiapan Majlis Pecah Tanah Masjid Setia Alam. 11 April 2017 di Surau An Nur Setia Eco Park. Kehadiran AJK Pembinaan Masjid dan wakil Surau-surau Kariah Setia Alam. Majlis Pecah Tanah akan berlangsung pada 22 April 2017 Sabtu jam 9.00 pagi di Tapak Masjid. Moga Allah permudahkan urusan majlis tersebut. Semua dijemput hadir.


Kursus Pengurusan Masjid dan Surau Jumaat
Wakil Surau SLAH dan Pengerusi Surau Semarak telah menghadiri Kursus Pengurusan Masjid & Surau Jumaat pada 2 April 2017. Semoga program ini dapat memantapkan lagi ilmu pengurusan dengan lebih baik dan teratur.

Monday, 20 February 2017
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Alhamdulillah Pentadbiran Masjid/SLAH telah hadir Kursus Sehari Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid/Surau anjuran Wadah Selangor dan JAIS. Turut bersama Pengerusi Surau Ar-Raudhah Setia Indah En Hashrul.
*Memantapkan Pengurusan
*Pusat Ilmu
*Masjid sebagai One Stop Centre
*Menjaga kebajikan ahli kariah/non-muslim
*Mengikut arus pemodenan
*Pusat Ilmu
*Masjid sebagai One Stop Centre
*Menjaga kebajikan ahli kariah/non-muslim
*Mengikut arus pemodenan
![]() |
| Ku Syaz Pentadbiran SLAH |
![]() |
| En Hashrul (Pengerusi Surau Ar-Raudhah) |
Thursday, 16 February 2017
Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Surau Daerah Petaling dan Sepang Bil 2/2017
Alhamdulillah Pengerusi dan Setiausaha SLAHSA telah hadir kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Surau Daerah Petaling dan Sepang Bil 2/2017.
Visi Masjid/Surau negeri Selangor :
* Melestari pengurusan terbaik *
* Zon aman *
* Pusat transformasi *
* Jantung pembangunan ummah *
* Melestari pengurusan terbaik *
* Zon aman *
* Pusat transformasi *
* Jantung pembangunan ummah *
Tuesday, 24 January 2017
BERITA PERSALAM JAN 2017
Wakil PERSALAM dan PENJAWIS mendapat perkenan untuk menghadap Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Mestika baru-baru ini.
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Mestika baru-baru ini.
Quran Hour 22/1/2017
Program One hour with Al-Quran anjuran AJK Muslimah Surau"Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian 2/4 Setia Alam. Program tersebut turut mempromosikan Sahabat Rumah Mengaji bagi Kariah Setia Alam.
Thursday, 1 December 2016
Kuliah Maghrib Jemputan November 2016
Kuliah Maghrib Jemputan bersama Ustaz Dato' Dr Mohd Izhar bertajuk "Fitnah Dajjal : Bersediakah kita?)".
Subscribe to:
Posts (Atom)




















