World Quran Hour anjuran Muslimah Surau "Jumaat"Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 Setia Alam yang dijalankan baru-baru ini. #quranhour
Monday, 5 September 2016
Siap penambahbaikan bangunan Surau dan Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 59/2016
Alhamdulillah, pihak AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang bagi penambahbaikan Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam untuk keselesaan ahli jemaah yang hadir untuk Solat dan berbagai aktiviti lagi di Surau ini.Antara penambahbaikan yang di jalankan antaranya (penambahan ruang limpah Solat, mengecat bangunan Surau, mengecat pagar surau, membaiki pejabat Masjid/Surau, membina kolah wuduk, dan membaiki bilik air).
Pada tahun ini Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam turut meraikan sambutan kemerdekaan negara ke 59 tahun/2016 dengan kibaran jalur gemilang bendera negara tercinta.
Pada tahun ini Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam turut meraikan sambutan kemerdekaan negara ke 59 tahun/2016 dengan kibaran jalur gemilang bendera negara tercinta.
Tuesday, 30 August 2016
Persediaan Hari Raya Qurban 2016
AJK Surau melawat ke ladang-ladang ternakan Lembu untuk memilih lembu yang sihat bagi persediaan Hari Raya Qurban 2016. Insya ALLAH sebanyak 4 - 5 ekor lembu akan di korbankan pada tahun ini.
Monday, 1 August 2016
Majlis Mesra Aidilfitri 2016
Sekitar Majlis Mesra Aidilfitri PDRM, PERSALAM dan SNM 27/7/2016 di Balai Polis Setia Alam. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Terima kasih atas kerjasama dari restoran-restoran muslim di sekitar Bandar Setia Alam atas juadah makanan yang disediakan.
Ucapan dari Pengerusi PERSALAM
Assalamualaikum
Dengan rendah diri saya mewakili AJK Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama team Balai Polis Komuniti Setia Alam di bawah pimpinan Sjn Azami, AJK PERSALAM, Team Skuad Nahi Mungkar Setia Alam (SNM), sahabat-sahabat petugas yang berkhidmat dengan penuh semangat samada dari team di atas dan wakil surau-surau Setia Alam. Dapat saya lihat beberapa pengerusi surau turut sama bertugas.
Sambutan amat luar biasa dan VVIP kita Tuan ACP Shafien Mamat pun amat teruja dengan kerjasama dan kekuatan Muslim di Bandar Setia Alam.
Firman ALLAH SWT di dalam ayat Ali Imran 103 "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuh (semasa jahilliyah dulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu...".
Doa saya semoga jalinan ukhwah ini berkekalan dan ALLAH menghancurkan sebarang usaha yang mahu meruntuhkan jalinan ini. Biar ukhwah ini terus diwarisi oleh generasi muda Setia Alam. Terus berbakti ke arah kesatuan ummah di Setia Alam.
Semoga kerjasama penduduk dan pihak PDRM semakin erat. Tahniah di ucapkan kepada semua. Jazakallahu khairan katsiran.
sekian,
Wednesday, 13 July 2016
Majlis Berbuka Puasa bersama Pelarian Syria
Program ini telah di anjur bersama pihak PERSALAM, MYCARE dan SLAHSA. Turut menerima sumbangan dari individu untuk meringankan beban pelarian Syria di Bandar Setia Alam.
Tuesday, 21 June 2016
Zakat
AJK SLAHSA telah mewakili En Abdullah Ashley (muslim berbangsa Inggeris) bagi menyerahkan wang zakat dari beliau sebanyak RM 4,000.00 kepada LZS Masjid Negeri Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)