Monday, 1 August 2016

Majlis Mesra Aidilfitri 2016

Sekitar Majlis Mesra Aidilfitri PDRM, PERSALAM dan SNM 27/7/2016 di Balai Polis Setia Alam. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Terima kasih atas kerjasama dari restoran-restoran muslim di sekitar Bandar Setia Alam atas juadah makanan yang disediakan.
Ucapan dari Pengerusi PERSALAM
Assalamualaikum
Dengan rendah diri saya mewakili AJK Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama team Balai Polis Komuniti Setia Alam di bawah pimpinan Sjn Azami, AJK PERSALAM, Team Skuad Nahi Mungkar Setia Alam (SNM), sahabat-sahabat petugas yang berkhidmat dengan penuh semangat samada dari team di atas dan wakil surau-surau Setia Alam. Dapat saya lihat beberapa pengerusi surau turut sama bertugas.
Sambutan amat luar biasa dan VVIP kita Tuan ACP Shafien Mamat pun amat teruja dengan kerjasama dan kekuatan Muslim di Bandar Setia Alam.
Firman ALLAH SWT di dalam ayat Ali Imran 103 "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuh (semasa jahilliyah dulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu...".
Doa saya semoga jalinan ukhwah ini berkekalan dan ALLAH menghancurkan sebarang usaha yang mahu meruntuhkan jalinan ini. Biar ukhwah ini terus diwarisi oleh generasi muda Setia Alam. Terus berbakti ke arah kesatuan ummah di Setia Alam.
Semoga kerjasama penduduk dan pihak PDRM semakin erat. Tahniah di ucapkan kepada semua. Jazakallahu khairan katsiran.
sekian,
Pengerusi PERSALAM
Rushdan Rusmi












No comments:

Post a comment