AJK SLAHSA telah mewakili En Abdullah Ashley (muslim berbangsa Inggeris) bagi menyerahkan wang zakat dari beliau sebanyak RM 4,000.00 kepada LZS Masjid Negeri Selangor.
Tuesday, 21 June 2016
Wednesday, 1 June 2016
Kem Da'i Remaja SLAHSA 2016
Kem yang di anjurkan oleh pihak Surau dengan menyediakan aktiviti belajar mengalunkan azan, membaca teks khutbah, belajar menjadi imam solat, Qiyamulail dan Kuliah Agama Remaja. Aktiviti riadah pula bermain Futsal. Kem ini juga menjemput Da'i Tajdid Hadhari (Da'i Millenia TV3). Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam telah berlangsung dengan baik dan disokong oleh Biro Remaja PERSALAM/JASA.
Thursday, 26 May 2016
Program Hijau
AJK Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim telah hadir ke kursus menghijaukan Surau/Masjid. Kursus ini telah di adakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.
Tuesday, 10 May 2016
Saturday, 30 April 2016
Kerja menaik taraf Surau Luqman Al-Hakim
Kerja-kerja menaik taraf surau adalah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah khususnya semasa solat jumaat dan hari raya dengan penambahan ruang solat dan keadaan tempat solat yang lebih selesa. Pihak Surau juga menaik taraf bumbung, menambah ruang limpahan solat, tempat wuduk, kolah air, dan lantai mozek. Dengan penambahan ini Surau Luqman boleh menampung sehingga 1000 jemaah maksimum. Kos keseluruhan menaik taraf adalah sebanyak RM 70 ribu. Terima kasih kepada penyumbang dan semoga segala amalan di redhai ALLAH SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































