Tuesday, 27 September 2016

Hari Raya Haji / Qurban tahun 1437/2016

Alhamdulillah, pada tahun ini PERSALAM, Surau Luqman dan Balai Polis Setia Alam telah bekerjasama menjalankan aktiviti ibadah Qurban tahun ini. Aktiviti ibadah Qurban selesai dengan sempurna walaupun terdapat beberapa isu perebutan daging dari jemaah Indonesia dan Bangladesh, Insya Allah pada tahun hadapan isu-isu yang di timbul akan di tangani dengan lebih baik. Pada tahun ini juga, Pihak AJK Surau telah membuat penanda "Marker" di tapak tangan penerima daging Qurban untuk memastikan penerima daging telah menerima bahagiannya. Terima Kasih kepada yang terlibat, jumpa lagi tahun hadapan, Insya ALLAH.







Jemaah Indonesia dan Bangladesh beratur menerima bahagian daging


Penanda penerima daging 
Wakil MyCare melihat aktiviti memasak sup daging
AJK Surau memasak sup daging Qurban

Daging-daging untuk di sumbangkan ke jemaah Syria dan Rohingya
Jemaah Syria dan Rohingya menerima bahagian daging.

Lembu untuk Hari Raya Qurban 2016/1437

Alhamdulillah,pada tahun 1437/2016 ini sebanyak 9 ekor lembu akan di korbankan di Surau ini. 4 Ekor lembu dari penyertaan ahli kariah Surau, 3 ekor lembu lagi daripada MyCare untuk di sumbangkan daging kepada pelarian Syria dan Rohingya, 1 ekor daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor serta 1 ekor lagi sumbangan dari Kerajaan Negeri Selangor.





Thursday, 8 September 2016

Pengajian Bacaan Al-Quran dewasa dan kanak-kanak

Pengajian Bacaan Al-Quran di jalankan setiap hari selepas Solat Maghrib untuk kanak-kanak dan selepas Isyak untuk dewasa. Cuti pada Jumaat dan Sabtu.


Tuesday, 6 September 2016

Kucing haiwan kesayangan Nabi SAW

Kucing-kucing di Surau Luqman turut sama menemani AJK Surau semasa persediaan solat Jumaat.




Aktiviti Sukan Indoor Surau Luqman Al-Hakim Setia Impian

Aktiviti riadah ini telah bermula pada awal Ogos 2016. Antara sukan yang di sediakan pihak Surau kepada kariah seperti (table tennis, Carroms dan Dart). Aktiviti ini di lihat positif kerana ia merapatkan ukhwah sesama kariah dan juga memberi aktiviti sihat kepada anak remaja kariah Setia Impian. Aktiviti ini di jalankan pada setiap malam sabtu dan malam ahad selepas solat Isyak.










Monday, 5 September 2016

World Quran Hour

World Quran Hour anjuran Muslimah Surau "Jumaat"Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 Setia Alam yang dijalankan baru-baru ini. #quranhour





Siap penambahbaikan bangunan Surau dan Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 59/2016

Alhamdulillah, pihak AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang bagi penambahbaikan Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam untuk keselesaan ahli jemaah yang hadir untuk Solat dan berbagai aktiviti lagi di Surau ini.Antara penambahbaikan yang di jalankan antaranya (penambahan ruang limpah Solat, mengecat bangunan Surau, mengecat pagar surau, membaiki pejabat Masjid/Surau, membina kolah wuduk, dan membaiki bilik air).
Pada tahun ini Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam turut meraikan sambutan kemerdekaan negara ke 59 tahun/2016 dengan kibaran jalur gemilang bendera negara tercinta.










Tuesday, 30 August 2016

Persediaan Hari Raya Qurban 2016

AJK Surau melawat ke ladang-ladang ternakan Lembu untuk memilih lembu yang sihat bagi persediaan Hari Raya Qurban 2016. Insya ALLAH sebanyak  4 - 5 ekor lembu akan di korbankan pada tahun ini.







Monday, 1 August 2016

Majlis Mesra Aidilfitri 2016

Sekitar Majlis Mesra Aidilfitri PDRM, PERSALAM dan SNM 27/7/2016 di Balai Polis Setia Alam. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Terima kasih atas kerjasama dari restoran-restoran muslim di sekitar Bandar Setia Alam atas juadah makanan yang disediakan.
Ucapan dari Pengerusi PERSALAM
Assalamualaikum
Dengan rendah diri saya mewakili AJK Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama team Balai Polis Komuniti Setia Alam di bawah pimpinan Sjn Azami, AJK PERSALAM, Team Skuad Nahi Mungkar Setia Alam (SNM), sahabat-sahabat petugas yang berkhidmat dengan penuh semangat samada dari team di atas dan wakil surau-surau Setia Alam. Dapat saya lihat beberapa pengerusi surau turut sama bertugas.
Sambutan amat luar biasa dan VVIP kita Tuan ACP Shafien Mamat pun amat teruja dengan kerjasama dan kekuatan Muslim di Bandar Setia Alam.
Firman ALLAH SWT di dalam ayat Ali Imran 103 "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuh (semasa jahilliyah dulu), lalu ALLAH menyatukan di antara hati kamu...".
Doa saya semoga jalinan ukhwah ini berkekalan dan ALLAH menghancurkan sebarang usaha yang mahu meruntuhkan jalinan ini. Biar ukhwah ini terus diwarisi oleh generasi muda Setia Alam. Terus berbakti ke arah kesatuan ummah di Setia Alam.
Semoga kerjasama penduduk dan pihak PDRM semakin erat. Tahniah di ucapkan kepada semua. Jazakallahu khairan katsiran.
sekian,
Pengerusi PERSALAM
Rushdan Rusmi