Thursday 13 October 2016

Program Mata Sihat

Program ini telah di anjurkan oleh Danish Optik Klang. Program yang berlangsung selama 3 hari dari jam 3 petang hingga 9 malam. Antara yang di sediakan Danish Optik pemeriksaan mata percuma dan juga tempahan buat cermin mata dengan harga yang berpatutan dan juga sebahagian pembelian akan di salurkan ke tabung sumbangan Masjid/Surau. Insya ALLAH program sebegini amat di galakkan oleh pihak Surau kerana memberi manfaat kepada ahli kariah.

Thursday 6 October 2016

Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat PT3 dan SPM 2016

Pihak AJK Surau telah di jemput Pihak Sekolah Menengah Setia Alam bagi menyempurnakan majlis ini. Turut hadir Pengerusi PERSALAM En Rushdan Rusmi. Tujuan majlis ini di anjurkan pihak sekolah adalah untuk memohon kepada ALLAH SWT bagi memudahkan para pelajar menjawab soalan peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini. AJK Surau mengucapkan semoga berjaya kepada para pelajar dan jangan lupa sentiasa menunaikan Solat Fardhu dan sentiasa juga berdoa kepada ALLAH SWT sepanjang masa supaya kehidupan sentiasa di berkati dan di rahmati.

Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat UPKK dan PSRA 2016

Majlis ini di anjurkan oleh Pusat Pengajian Al-Baghdadi Setia Alam untuk anak-anak yang akan menjalani peperiksaan UPKK dan PSRA tahun 2016 ini. Ceramah motivasi turut di adakan bagi memberi semangat dan keyakinan kepada anak-anak untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Peperiksaan ini amatlah penting bagi anak-anak kita untuk menilai kefahaman dalam bidang Agama Islam, dimana ianya adalah sebagai asas kehidupan sebagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini. Walau apa jua bidang di ceburi pendidikan Agama Islam perlu di semai supaya hidup di berkati dan di rahmati senantiasa.

Wednesday 5 October 2016

Bengkel Pengkalan Data Tanah Perkuburan Islam Daerah Petaling Bil 1/2016

AJK Masjid/Surau telah hadir ke bengkel pengkalan data tanah perkuburan Islam bagi Daerah Petaling yang bertempat di dewan besar Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Program di jalankan bertujuan memberi penerangan berkaitan perancangan yang teratur bagi membina kawasan perkuburan dalam taman, teratur susunan kubur dan bersistematik serta mempunyai data si mati bagi memudahkan waris.

Program Perubatan Islam

Prorgam perubatan Islam Darul Syifa Ampang di adakan pada Ahad 25/9/2016 yang lalu. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari. Perubatan di bayar seikhlas hati.

Hari Raya Qurban ke 4