Friday 26 February 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2015

Program sambutan maulidur rasul di Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian 4. Antara program yang di sediakan pihak SLAHSA adalah kuliah Subuh, Marhaban dan berzanji, Kisah Nabi dan Kuliah Maghrib bertajuk "Alam Barzakh".





Program Semarak Hijau di SLAHSA

Menanam pokok-pokok sunnah di Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian 4, ,2 jenis pokok di tanam iaitu kurma Ajwa dan Tin.





Program Kesenian Islam Bandar Setia Alam di SLAHSA

Alhamdulillah. Jaringan Anak Muda Setia Alam (JASA) yang merupakan cabang daripada PERSALAM telah berjaya menganjurkan Hari Kesenian Islam 2015 di Surau Luqman Al-Hakim pada 21 NOV 2015 Sabtu lalu. Program adalah kerjasama dengan Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) melalui PM Hjh Che Siah Che Man selaku YDPnya.
Program untuk remaja dan kanak-kanak bertemakan Memperkasakan Tulisan Jawi sebagai Agenda Dakwah tadi mendapat sambutan yang amat menggalakkan seramai 60 peserta berdaftar hadir menyertainya walaupun baru kali pertama dianjurkan.
Kelainan berbanding program melukis dan mewarna yang lain, tulisan jawi turut wajib disertakan sebagai syarat pertandingan.
Program ini dijangka dijadikan program bersiri untuk aktiviti akan datang.
Tahniah Tengku Syazwan selaku Pengerusi dan barisan AJK JASA drp kalangan anak muda Setia Alam.