Monday 30 April 2012

Solat sunat Hajat Perdana di Tapak Pembinaan Masjid Setia Alam

Assalamualaikum w.b.t      
Kepada semua kariah Setia Alam,
Per: SOLAT SUNAT HAJAT PERDANA
Cadangan untuk mengadakan solat sunat hajat perdana di Tapak pembinaan       
 Masjid Setia Alam, adalah seperti berikut:-
Lokasi : Tapak Pembinaan Masjid.
Tarikh25/5/2012
Masa   : Selepas Isyak.
Nota    : - Tempat wuduk tidak disediakan.
              - Diketuai oleh Ybhg Imam Tuan Haji Hassan Yaakob.

Friday 27 April 2012

HARI INI DALAM SEJARAH............


1.      Solat Jumaat

SLAH telah mengendalikan solat Fardhu Jumaat semenjak 27.11.2009 iaitu pada Hari Raya Aidiladha, tujuannya bagi memudahkan kariah, pekerja-pekerja swasta dan kawasan berdekatan Setia Alam menunaikan Solat Fardhu Jumaat dan kini telah menerima kehadiran  lebih kurang 600 - 700 jemaah pada setiap Jumaat.

Wednesday 25 April 2012

Khutbah Jumaat 27/4/2012

Tajuk Khutbah minggu ini "PANGGILAN AL-BARZAKH"


Khatib bertugas : Ybhg. Ust Maznizam Mansor.

Bilal bertugas     : Hairul Irwan.

Kuliah Mingguan

Kuliah Maghrib

27/4/2012     Jumaat

Asas-asa Fardhu Ain yang akan disampaikan oleh Ybhg Ust. Hassan

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Monday 23 April 2012

Email Masjid Setia Alam dan Surau Luqman al-Hakim

As salam
Makluman kepada Muslimin dan Muslimat,

Untuk sebarang perkara berkenaan pembinaan masjid, sila email ke alamat :-

(masjidsetiaalam@gmail.com)

Untuk sebarang perkara berkenaan surau, sila email ke alamat:-

(surauluqmansetiaalam@gmail.com)

Kuliah Mingguan

KULIAH MAGHRIB

24/4/2012 SELASA

FIQH SOLAT disampaikan oleh Ybhg Ust Munir

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Ruangan Hadis

Daripada Thauban, Iaitu khadam kepada Rasulullah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat." (HR Abu Daud dan al-Tirmizi) Pengajarannya: Memilih pemimpin adalah satu amanah. Jadi pilihlah pemimpin yang amanah juga dan yang tidak menyeru kepada kemungkaran.
Do not love the one who doesn't love Allah,
If they can leave Allah, they will leave you.
<Imam Shafie>

Thursday 19 April 2012

Kelas al-Baghdadi

Kelas al-Baghdadi setiap hari Jumaat pukul 4ptg - 6ptg.



                                                                          

Program Pra Sekolah Genius Aulad di Surau Luqman al-Hakim 19/4/2012

 Seramai 130 murid telah mengikuti aktiviti sekolah mereka di Surau Luqman al-Hakim
aktivinya Adap-adap di Masjid, Cara mengambil wuduk dan menunaikan solat, zikir dikir.
2 sesi dari 9.30am-11am / 2.30ptg - 3.30 ptg




Khutbah Jumaat 20 April 2012

Tajuk Khutbah minggu ini"Tingkatkan Iman Tanggungjawab Bersama"

Khatib bertugas : Ybhg Ust. Hj Hassan Yaakob

Bilal bertugas     : Tengku Ahmad Syazwan


Video kuliah mingguan

Makluman, insya allah video kuliah mingguan akan disiarkan di blog ini bagi kariah yang tidak berkesempatan hadir dan untuk kariah mengulang kaji isi kandungan kuliah. video akan di upload dan update setiap bulan, insya allah.

Billboard di tapak Masjid Setia Alam





Gambar Surau Luqman al-Hakim Setia Alam




    Surau Luqman Al-Hakim Setia Alam (Masjid Sementara) boleh memuatkan 700 jemaah


                                                   (Pandangan hadapan)

                                     (Ruang solat tambahan bahagian kanan)

                                      (Ruang solat tambahan bahagian kiri)

                                             (Ruang solat bahagian belakang)

                                    (Ruang solat tambahan bahagian belakang ii)

                                                    (Ruang solat utama)

                                            (Ruang solat utama dan Muslimah)
 
(Pandangan sisi atas)

                                                             (Pandangan sisi luar)

Tuesday 17 April 2012

Renungan dan Hadis

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga dengan kesungguhan meningkatkan ketaqwaan, kita akan terus diberi petunjuk, dipimpin dan dinaungi rahmat dan redha Allah SWT.

Hadis daripada Ibnu Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya."
(Hadis Muttafaq Alaih) (JAIS)

Ruangan Hadis

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari Kiamat kelak." (HR Abu Daud dan Ibn Majah)

Pejabat Urusan Pembinaan Masjid Setia Alam

Waktu urusan :-


  • Isnin & Rabu                         11.00 pg - 5.30 ptg


  • Selasa, Khamis & Jumaat        9.30 pg - 5.00 ptg
Sila Hubungi  012-285 2493  (Tengku Ahmad Syazwan) 
                     

Kaunter Wakaf / Sumbangan Masjid Setia Alam

Makluman Tuan/Puan.... Kaunter Wakaf dan Sumbangan dibuka pada setiap hari Jumaat, bermula pada (12.30 tgh hari - 1.00 ptg) dan bersambung selepas Solat Jumaat pada (2.00 ptg - 2.30 ptg).







RUANGAN HADIS

Daripada Abu Hurairah RA katanya:
 Rasulullah SAW bersabda: "Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung(yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya"

Monday 16 April 2012

(PICT MASJID SETIA ALAM) Kos pembinaan RM 20 juta

Lokasi Tapak Masjid setia alam yang strategik, bersebelahan dengan Tesco Setia Alam, Belakang Maybank Setia Alam dan berhadapan jalan besar dr Klang ke Meru.
Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, mempunyai Dewan serbaguna, Bilik Seminar, 
Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber Ilmu dan sebagainya. 
Sumbangan wakaf minimum pada kadar RM 300 bagi 1.0 kps (seunit) terhad 100,000 unit sahaja. (PAHALA WAKAF MENGALIR ABADI)

Pandangan sisi hadapan

Pandangan sisi atas

Ruang legar berkonsepkan dalam taman

Ruang Solat Utama

Pandangan dari hadapan (Mihrab)

Ruang Solat Muslimah

Tempat wuduk yang selesa



Pandangan sisi belakang